Zon Lawak Malaysia adalah koleksi cerita-cerita lucu /lawak, video dan gambar tular/viral dari pelbagai sumber. Semoga anda terhibur ..... :)
surat ini memang betul diterima olehMAS....
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini keranasaya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuankenalah ambil saya bekerja disini
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABDGHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil sayabekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkankelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran : (gred), Bahasa Malaysia 6D, Bahasa Inggeris 6D, Sains 7E, Matematik 6D, Pendidikan Islam 5C, Sejarah 7E, Lukisan geometri 7E, Teknologi air-condition 6D, Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK), Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dariInstitut Latihan, Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..
4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlo,
p Servitekar di LebohAmpang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)>
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)> >
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untukbekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasagembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranyaditerima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja denganbersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie.
Walaupun saya pernah ponteng skolah danditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihaktuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari sayasahaja.
Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekalitulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amatsangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jikasaya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itutidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula& berakhir dgn baik.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerjahidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan orgramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4>
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
Surat Wasiat
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.
Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olahtidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat meminta pen & kertas. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanyakerana pada fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani.
Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...!
Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
Teka-Teki yang perlu di beri Penampar
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
>
> 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
>
> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
>
> 4) Binatang ape power Karate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
>
> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tu.. tolong pulangkan kepada saye.
>
> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
>
> 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...
>
> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus
>
> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut
>
> 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak
>
> 12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
>
> 13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
>
> 14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur
> 15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
>
> 16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat..
>
> 17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ke...
>
> 18) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......
Zon Lawak Malaysia Tag: Teka tekin Lawak yang melucukan
TAK MAU MENANTU
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah…….
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.
Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"
Zon Lawak Tag: Cerita Lucu lawak
TELUR REBUS
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..
Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.
Zon lawak malaysia keywords: Cerita melucukan hati di Malaysia, geli lawak jenaka
Tarikh Lahir: tips dari fadzilah kamsah
1.pemimpin
2.lembut
3.kemas(cerewet)
4.rajin
5.boleh berbincang
6.angin
7.patuh
8.bisnes
9.glamour
cth Tarikh Lahir : 20/ 05 /1981
2+0=2 maka kotak pertama adalah 2 kemudian campur kesemua nombor... 2+0+0+5+1+9+8+1=26 kemudian hasil campur yg lebih dr 9 akan dicampur lagi seperti 2+6=8 maka kotak kedua adalah 8
selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2+8=10
oleh kerana hasil campur lbh dr 9 maka dicampur lagi 1+0=1 maka kotak ketiga ialah 1
hasilnya
2:lembut
8:bisnes
1:pemimpin
maka anda sudah cermin diri anda mungkin sifat2 ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dgn sifat ini anda akan menjadi seorg yg berguna... selamat mencuba
Zon lawak jenaka Malaysia. cerita menggelikan hati fakta lucu
Tok Batin dan Polis Trafik
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.
"Tok, tumpang ke Pekan?!"" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. "Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.." "Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.
Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.
Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.
Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.
"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu. Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"
Zon Lawak Malaysia: cerita tok batin lucu yang lawak mengelikan hati
Tukang Jual
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Hahahahahahaha..... :)
Zon Lawak Jenaka di Malaysia: Cerita Lucu dan Lawak jenaka di Malaysia