Puteri Mayang Mengurai

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi.

Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam.

Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.

Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa

sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik

Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu

akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut

tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan.

Apatah lagi nak tidur.

Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai

rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba

bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka,

masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong.

Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai.

Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.

Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana,

baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan

Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai.

Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah

si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung

sebab dapat kawin dengan anak raja.

Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari.

Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat

si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je.

Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...

Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum

tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.

perompak malang ( lawak seposen)

Ada dua orang perompak Bank terkenal dan selalu menjadi buruan polis.

Malam itu, mereka berniat merompak sebuah bank baru didekat rumah mereka.

Mereka sudah membayangkan betapa banyak duit disana, karena selalu banyak pelanggan.

Malam itu, mereka menyelinap ke dalam bank. Ketika peti bank dibuka,

udara dingin seperti kulkas keluar dari dalam peti. Karena takut nanti membeku,

pintu mereka biarkan terbuka. Didalam, mereka sangat bingung karena ada begitu banyak peti.

Peti pertama dibuka, isinya agar - agar! Mereka tambah bingung lagi!

karena kebetulan belum makan, mereka habiskan agar - agar di dalam peti itu.

Peti kedua, isinya agar - agar lagi! Ya sudah, mereka makan lagi. Peti ketiga,

Isinya agar -agar lagi! karena kesal,mereka buka semua petinya,

isinya semua agar - agar! Karena masih lapar,

mereka makan saja semua! Karena tidak ada duit,

mereka akhirnya pulang. Esoknya, di Halaman depan Newspaper,

berita utama : "BANK SPERMA DIRoMPaK" moral: sebelum makan baca bismillah...

Peristiwa Di Bilik Bersalin

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin.

Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.

Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.

Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.

Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.

Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot....

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.

Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah?

Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.

Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?

Jururawat: Kenapa?

Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020....

perempuan tua n doktor

"Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor,

saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin,

tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau,

dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,

dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya,

saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor.

Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,

"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan.

" Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah,

"Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya,

tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...

tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas,

"Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat ,

sekarang,mari saya periksa telinga makcik

Pantun SuKa-SuKa.

Pantun Suka Suka untuk yang Bercinta.... atau pernah bercinta. Kekek
siakz.. ;)

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggore! ng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...

Malu!

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan...

pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...

Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang...

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...

Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata..

Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Singh

Pada suatu hari ada seorang singh menaiki motorsikal tanpa memakai topi keledar
dan motornya juga tidak berlampu. Di pertengahan jalan,
motornya ditahan oleh polis trafik.
Kata polis: mengapa tak pakai topi keledar?,
Dia menunjukkan serbannya..."Ini sudah ada topi"...
Polis itu tanya lagi : kenapa lampu motor tak hidup,
Singh itu menunjukkan ke kiri kanan jalan dan katanya...
"sana lampu sini lampu...buat apa lampu banyak-banyak"...
Eee geram polis itu mendengarnya..
Tiba-tiba polis itu melepaskan angin pada tayar motosikal
itu hingga pancit kedua-duanya. Singh itu marah...
"heh kenapa buang angin tayar itu.." Polis itu jawab..
" Sana angin..sini angin..buat apa angin banyak-banyak..
" Terkebil-kebil singh itu mendengarnya. Tamat