CHOT OH CHOTTTTTT....

NAIK BAS
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanyaseperti terkena bolasepak.Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuatlagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chotmenjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintukeretanya akan kembung semula.Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,

"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermintingkap kereta ni dulu!!!

BUKU TELEFON
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"Pustakawan tersebut berkata,

"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil bukupanduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

MASA
Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Belajar Mengira

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"

Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"

Razif : "Jack, Queen, & King"

Bye-Bye Mak- Shopping Free!!!!!

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

LepaS mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian dihati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hatiyang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayarbarang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.

Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..

"Haah???????!!!!"....