Suami Isteri

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar,

secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar.

Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun.

Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan.

Saya nak tinggalkan rumah ini ! " Lelaki itu berfikir sebentar.

Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini.

Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! " MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan