Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis,sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidakdinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak .. berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apsal.
Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang,Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku. . dier le awek aku yg paling last... muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu. sumpah aku tak nak kahwin...
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping... .intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris.. macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tu.. takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto..rambut berserabut lar..muka cair la... kain terselak la...malu nanti orang tengok la.. tak buleh nak seksi la...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... ..intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar..jauh lagi besar dari kete mesedis...
Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn.Intan... intan terus mengahaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... jgn korang pandang hina kat orang yang
keje cam aku nie... .satu hari nanti.
Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie...
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...
Zon Lawak Malaysia adalah koleksi cerita-cerita lucu /lawak, video dan gambar tular/viral dari pelbagai sumber. Semoga anda terhibur ..... :)
Pemilik Pisau Lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.
'Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"...
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...
Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...
Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.
"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."

Perasaan Pacik jerrr
Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..
“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.
Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.
Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

Teka-teki Zon Lucu lawak
A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...
B)Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
- Misai
C)Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal gatal?
- Batang Keladi
D)Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
- bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )
E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke Tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen
F)Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok Iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
- Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..
G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
-Penguin
H)Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....
I)Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe
J)Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox
K)Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain
L) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
- Si Katun ler....hehehhe
Zon Lawak Malaysia tag: pantun lucu foto lucu teka-teki lucu kartun lucu tebakan lucu
gambar-gambar lucu cerpen lucu kata-kata lucu, Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita

Langgan:
Catatan (Atom)