Zon Lawak Malaysia adalah koleksi cerita-cerita lucu /lawak, video dan gambar tular/viral dari pelbagai sumber. Semoga anda terhibur ..... :)
CHOT OH CHOTTTTTT....
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."
KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanyaseperti terkena bolasepak.Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuatlagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chotmenjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintukeretanya akan kembung semula.Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermintingkap kereta ni dulu!!!
BUKU TELEFON
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil bukupanduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"
MASA
Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."
Belajar Mengira
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"
Bye-Bye Mak- Shopping Free!!!!!
LepaS mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.
Timbul rasa kesian dihati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".
"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".
Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hatiyang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayarbarang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.
Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..
"Haah???????!!!!"....
surat ini memang betul diterima olehMAS....
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini keranasaya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuankenalah ambil saya bekerja disini
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABDGHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil sayabekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkankelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran : (gred), Bahasa Malaysia 6D, Bahasa Inggeris 6D, Sains 7E, Matematik 6D, Pendidikan Islam 5C, Sejarah 7E, Lukisan geometri 7E, Teknologi air-condition 6D, Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK), Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dariInstitut Latihan, Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..
4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlo,
p Servitekar di LebohAmpang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)>
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)> >
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untukbekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasagembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranyaditerima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja denganbersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie.
Walaupun saya pernah ponteng skolah danditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihaktuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari sayasahaja.
Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekalitulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amatsangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jikasaya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itutidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula& berakhir dgn baik.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerjahidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan orgramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4>
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
Surat Wasiat
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.
Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olahtidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat meminta pen & kertas. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanyakerana pada fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani.
Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...!
Jangan pijak saluran oksigen aku..!"