Pertunjukan Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai. " Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "

Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita Lawak Pendek (CerLaPen) SkyCrewz Network

Adlin Aman Ramli – Saksi ke 3

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz... Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita Lawak Pendek (CerLaPen) SkyCrewz Network

Katil Maut

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita Lawak Pendek (CerLaPen) SkyCrewz Network

Siapa Ong ???

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....siisteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....

Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membacasuratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....
Moral of the Story: Jangan menipu.

Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita Lawak Pendek (CerLaPen) SkyCrewz

Pagi itu pagi minggu.

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.

Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.

Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati........................

Zon Lawak: Zon Lawak Malaysia Keywords: cerita kelakar, KahKahKah - Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng ... , Lawak.Net - Gambar Lawak, Cerita Lawak, Video Lawak , Gelihati.info - Koleksi Cerita Lawak, Video Lawak dan Gambar Lawak ... , KOLEKSI CERITA LAWAK & GAMBAR LUCU , Koleksi Cerita Lawak Pendek (CerLaPen) SkyCrewz Network