Akibat Jelingan Ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak

dahulu. Ayah aku suka memberi amaran

padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak

disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan

menjeling padaku

bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika

sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku

yang

'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat

terus memberi

jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain

pelikat tok imam

itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat

mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka

merah padam

menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Tiada ulasan: