Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Tawau - Sandakan. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Lahad Datu... kasi tau pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Lahad Datu belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor saja bah.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai pakcik akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu bas untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Lahad Datu ka belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau sudah sampai di Lahad Dato.. pakcik dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Lahad Datu.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi check point Sandakan.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Lahad Datu... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Lahad Datu..
Sesampai di Lahad Datu... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai Lahad Dato! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Lahad Datu?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Lahad Datu.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan